Qlimax Extreme Grip

Qlimax Extreme Grip
Produk Herba Keintiman Suami Isteri. http://eratkasihsayang.blogspot.com/2014/05/tips-mengetatkan-faraj-isteri.html

Monday, June 2, 2014

Teknik Bersetubuh Yang Betul Bersandarkan Petikan Al-Quran dan Hadis

HELPDESK/SUPPORT : 016-2023877 (SHAH)
|| PRODUK || SUPPORT || CARA BELI || CARA GUNA || QLIMAX TESTIMONIAL ||


Teknik Bersetubuh yang Betul Dalam Islam sebagaimana dalam Al-Quran dan Hadis. Berikut Cara bersetubuh Yang Betul Di Dalam Islam.




Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yang ada. 

Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yang ada dalam liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yang ada.

Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:
” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ”

MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TIDAK BERBOGEL :
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.
- Hadits Riwayat Tabrani.

DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR :
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.

DOA SEBELUM BERSETUBUH :
“Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.

Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.

Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :

Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu dengan kalimat ini :

“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa’i basyara”.

Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN :
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
- Hadits Riwayat Ibnu Addi.

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENUNGGING) :
Dari Jabir b. Abdulah berkata :
Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. 

Lalu turunlah ayat suci demikian :

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”
- Surah Al Baqarah – ayat 223.

Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).

KELEBIHAN BERSETUBUH :
Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.

Para sahabat bertanya :

Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab :
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
- Hadits Riwayat Muslim.

MENGULANGI PERSETUBUHAN :
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID :
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.

Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.

Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.

Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.

Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
- Surah Al Baqarah – ayat 222.

*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :
Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.

‘Aisyah menjawab:

Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).


BACA DOA KETIAK INZAL (KLIMAKS)
- Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang.

Doanya seperti berikut:-
” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”
Surah – AL Furqan ayat 54

Ada pula fatwa yang anjurkan agar semasa klimaks, ucaplah ” La ilahaillah Muhammadur Rasulullah “ di dalam hati, bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma mengazankan apabila atau memperdengarkan kalimah syahadah kepadan anak yang baru lahir. Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti diatas.

Ketika menyebut di dalam hati, hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini ialah:-

” Manusia ketika beribadah ingat akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang -orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “


TIDAK MENYEBARKAN RAHSIA
Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.”(Hadith Riwayat Muslim)

SUAMI BERZAKAR KECIL
Suami yang bersenjata saiz kecil tidak perlu risau sebab ada penyelesaian yang boleh membantu sang suami tidak kecewa dalam hubungan suami isteri. Sebagai contoh suami boleh menggunakan gel penguat kemutan Qlimax Extreme Grip seperti yang boleh dibaca dan KLIK image  di bawah:




Nukilan : http://rossacalla.blogspot.com/2013/01/panduan-bersetubuh-suami-isteri-yang.html





TAG :
teknik bersetubuh mengikut islam, hubungan seksual,seks islam, cara berjunub mengikut islam, cara bersetubuhan. seksualitas suami istri, cara belajar mengikut islam, teknik-teknik seks,teknik hubungan seksual, cara seks islam, teknik berjimak dalam islam, teknik hubungan intim suami istri, berjunub cara islam, cara-cara berjimak menurut islam, cara setubuh dalam islam, teknik-teknik hubungan intim, teknik berjimak cara islam, posisi berjimak cara islam, hubungan intim dalam islam, posisi bersetubuhan
hubungan intim secara islam, teknik suami istri, posisi seks cara islam, cara setubuh yang baik, cara seks menurut islam, cara-cara berseks,islam dan seks,hubungan seksual menurut islam, posisi seksual menurut islam, cara cara bersegama, cara bersenggama yg benar, seks posisi islam, gaya seks yg bagus, cara setubuh yg baik, posisi seks secara islam, gaya seks yg baik, seks dan islam, cara posisi seksual, posisi hubungan intim seksualitas suami istri, posisi bersex, cara posisi, posisi sek menurut islam